Pengenalan HeroSistem

Sila baca arahan dan langkah-langkah dibawah dengan teliti.

HeroSistem ialah satu platform yang menjual software-software PC/laptop yang khas untuk membantu para usahawan.

Selain menjual software, HeroSistem juga akan menjual servis-servis yang berkaitan dengan sosial media.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau ada sebarang pertanyaan berkaitan mana-mana software, sila hubungi admin di https://herosistem.com/hubungi-admin/

Syarat Utama Untuk Menggunakan Software:

  • Software perlu dimuaturun dan diinstall di PC/laptop OS WINDOWS 8 dan ke atas sahaja.

  • PC/laptop anda berkeupayaan untuk install .Net Framework 4.8.1. Lihat cara semak versi .Net Framework PC/laptop anda.

  • PC/laptop anda mempunyai sambungan internet yang stabil.

  • PC/laptop perlu sentiasa 'ON' supaya kempen automasi sentiasa berfungsi.

Cara Untuk Akses Akaun HeroSistem

Klik pada menu My Account di laman web HeroSistem atau anda boleh terus klik pada link ini: https://herosistem.com/my-account/

Login akaun menggunakan emel yang telah anda daftarkan sebelum ini (emel yang anda gunakan semasa membuat pembayaran).

Jika anda tidak dapat login ataupun masih tidak mempunyai password (terutamanya akaun yang pertama kali login), anda boleh reset password akaun anda terlebih dahulu.

Untuk reset password, sila klik link ini: https://herosistem.com/my-account/lost-password/

Masukkan email anda dan klik pada butang reset password. Semak emel anda (inbox/promotions/spam) untuk tindakan seterusnya.

Setelah berjaya reset, anda boleh login ke HeroSistem menggunakan email anda dan password yang telah anda tetapkan.

Hanya pembeli sahaja yang boleh reset password dan login ke dalam sistem.

Cara Untuk Muaturun (Download) Software

Untuk muaturun (download) software, klik pada menu Downloads.

Klik pada butang biru untuk muaturun software tersebut. Seterusnya, anda boleh memasang (install) software tersebut pada PC/laptop anda.

[WAJIB] Bagi software yang memerlukan lesen key untuk pengaktifan, anda perlu request lesen key dari admin terlebih dahulu.

Cara Untuk Aktifkan Lesen Software

Selepas anda install software pada PC/laptop, anda akan dapat lihat paparan software seperti gambar dibawah ini.

Copy/salin activation code yang dipaparkan pada software. Hantar activation code tersebut kepada admin dengan mengisi borang ini: https://herosistem.com/activate/

Anda akan menerima activation key (lesen key) dari admin dalam tempoh 24-48 jam selepas borang dihantar.

Pastikan anda sentiasa semak inbox/promotions/spam folder akaun emel anda untuk melihat status lesen anda.

Copy/salin activation key (lesen key) yang dihantar oleh admin dan paste/tampal activation key (lesen key) tersebut pada software (rujuk gambar dibawah).

Seterusnya, klik pada butang Activate Now untuk aktifkan software.

Anda juga boleh semak activation key (lesen key) pada akaun HeroSistem anda.

Cara Untuk Semak Order / Semak Lesen Software

Cara lain untuk semak activation key (lesen key) ialah dengan merujuk pada akaun HeroSistem anda.

Login akaun anda di HeroSistem. Klik pada menu Orders.

Kemudian, klik pada butang Views untuk lihat semua maklumat berkaitan order anda.

Setelah anda menekan butang View, anda dapat lihat maklumat order anda dengan lebih terperinci termasuklah lesen key software yang telah dihantar oleh admin.

Last updated